BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Suspek kes cabul miliki kad OKU masalah pembelajaran – JKM Selangor

SHAH ALAM – Suspek lelaki berusia 19 tahun yang ditahan kerana disyaki mencabul seorang kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor semalam, disahkan memiliki kad Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pembelajaran.

Menurut Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, Azmir Kassim, semakan mendapati individu terbabit memiliki kad OKU sejak kecil.

“Semakan awal kita mendapati dia (suspek) mempunyai kad OKU ‘Learning Disability’ (masalah pembelajaran) sejak kecil lagi,” katanya, hari ini.

Terdahulu, Polis Selangor mengesahkan suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.

Semalam, tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai kejadian yang difahamkan berlaku di sebuah masjid di Batang Kali.

Video tersebut menunjukkan, seorang lelaki menyelinap masuk ke ruang solat wanita sebelum mengangkat seorang kanak-kanak yang sedang sujud dari arah belakang ketika sedang lain sedang menunaikan solat Subuh.

Mangsa kemudiannya dipercayai dicabul namun dapat melarikan diri setelah bergelut dengan suspek.

Suspek kemudiannya berjaya ditahan pada hari yang sama di sekitar Batang Kali.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button