BERITA SEMASA

Azman Abidin dilantik Penyelaras Parlimen Ampang, kebajikan rakyat jadi keutamaan

AMPANG – Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin dilantik sebagai Penyelaras Parlimen Ampang bagi memastikan penyampaian bantuan serta kebajikan kepada penduduk di kawasan itu dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun, cekap dan berkesan.

Menurut beliau, pelantikan tersebut turut melibatkan penyelarasan usaha bersama Jabatan Perdana Menteri menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) dan agensi-agensi kerajaan berkaitan bagi memastikan setiap inisiatif kerajaan dapat disampaikan kepada rakyat secara lebih berkesan.

Beliau berkata, penyampaian bantuan akan dikoordinasikan secara rapat bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam Parlimen Ampang, pemimpin masyarakat serta pihak-pihak berkaitan supaya kebajikan penduduk terus diberi perhatian.

“Sehubungan itu, orang ramai yang ingin mengemukakan permohonan bantuan berkaitan kebajikan di Parlimen Ampang boleh berhubung dengan Pejabat Setiausaha Politik Perdana Menteri bagi tujuan penyelarasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azman turut menegaskan bahawa beliau bersama pasukannya komited untuk melaksanakan amanah tersebut dengan penuh tanggungjawab, profesionalisme dan integriti demi memastikan kebajikan rakyat Ampang sentiasa menjadi keutamaan.

Related Articles

Terdahulu Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail mendakwa tidak lagi dapat mengakses dana kawasan selepas mengadu kawasannya disekat akses sistem MyKHAS sejak 29 Julai.

Beliau berkata, tindakan itu menjejaskan pengurusan peruntukan kawasan bagi membantu golongan rentan, termasuk warga emas, OKU, pesakit kronik, dan institusi tempatan di bawah Projek Mesra Rakyat (PMR).

Katanya, beliau masih anggota PKR dan blok penyokong kerajaan yang menyokong dasar kerajaan perpaduan, serta tidak pernah menentang parti sepanjang 28 tahun berkhidmat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button