JENAYAH & MAHKAMAH

Kes bunuh ejen insuran, polis cari Ong Wei Hai

BUTTERWORTH – Polis sedang giat mengesan seorang lagi individu bagi membantu siasatan kes pembunuhan ejen insurans yang mayatnya ditemukan dalam bagasi di belakang Flat Ampang Jajar, Jalan Permatang Pauh, di sini 9 Oktober lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman, lelaki tempatan tersebut dikenali sebagai Ong Wei Hai, 41, dengan alamat terakhir di A-7-07 Villa Tanjung, Jalan Villa Tanjung, di sini.

jasad manusia
Polis menerima laporan berhubung penemuan itu daripada orang awam.

“Polis kini sedang mengesan lelaki terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan digesa menghubungi Asisten Superintendan Norhaslinda Rahmat di talian 04-576 2222 sambungan 2275 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Terdahulu, polis menahan empat individu termasuk dua wanita tempatan berusia antara 24 hingga 32 tahun dalam serbuan berasingan di sekitar Butterworth dan Kampar, Perak bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam itu.

Mangsa, Lee Boon Han, 31, ditemukan mati dengan kesan kelar di leher, tangan diikat serta kepala diserkup plastik sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam bagasi pada 9 Oktober lalu.

Mangsa dilaporkan hilang oleh keluarganya sehari sebelum bagasi berisi mayatnya ditemukan pekerja pembersihan saluran yang sedang menjalankan tugasan rutin di kawasan rumah pangsa berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button