Jenayah & Mahkamah

Cabul kanak-kanak di masjid, suspek direman tujuh hari

SHAH ALAM – Suspek lelaki berusia 19 tahun yang ditahan kerana disyaki mencabul seorang kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor semalam, direman tujuh hari.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, perintah reman itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu bermula bermula hari ini.

“Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Kita juga sedang menunggu laporan rasmi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk pengesahan berhubung status orang kurang upaya (OKU) suspek,” katanya hari ini.

Jelasnya, Polis Hulu Selangor menerima laporan pada jam 8.19 pagi semalam berhubung kejadian yang turut tular di media sosial.

Semalam, tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai kejadian yang difahamkan berlaku di sebuah masjid di Batang Kali.

Video tersebut menunjukkan, seorang lelaki menyelinap masuk ke ruang solat wanita sebelum mengangkat seorang kanak-kanak yang sedang sujud dari arah belakang ketika sedang lain sedang menunaikan solat Subuh.

Mangsa kemudiannya dipercayai dicabul namun dapat melarikan diri setelah bergelut dengan suspek.

Suspek kemudiannya berjaya ditahan pada hari yang sama di sekitar Batang Kali.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button