LUAR NEGARA

35 petugas bantu urus pengebumian wanita seberat 300kg

JAKARTA – Proses pengebumian seorang wanita seberat 300 kilogram di Kabupaten Sragen, Jawa Tengah memerlukan bantuan 35 petugas daripada pelbagai agensi bagi memastikan pengurusan jenazah berjalan lancar.

Memetik laporan Detik Jateng, wanita berusia 39 tahun yang hanya dikenali sebagai I itu disemadikan di Tempat Pemakaman Umum (TPU) Mbah Balak di Plumbungan, Karangmalang kelmarin selepas meninggal dunia akibat sesak nafas.

Jenazah dibawa menggunakan keranda khas sebelum diturunkan ke liang lahad dengan bantuan sistem tali menggunakan teknik vertical rescue iaitu kaedah yang lazim digunakan dalam operasi menyelamat di kawasan tinggi atau sukar diakses.

Ketua Pelaksana Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Kabupaten Sragen, Triyono Putro berkata, operasi itu membabitkan anggota BPBD, pasukan bomba, Palang Merah Indonesia (PMI), PSC 119, sukarelawan serta penduduk setempat.

“Pasukan gabungan menggunakan teknik vertical rescue bagi menurunkan jenazah ke liang lahad. Syukur, keseluruhan proses berjalan lancar,” katanya.

Menurut beliau, persiapan mengambil masa hampir dua jam meliputi penyediaan peralatan, pengubahsuaian saiz liang lahad serta penyelarasan anggota yang terlibat.

Katanya, proses menurunkan jenazah ke liang lahad pula mengambil masa kira-kira 20 minit sebelum urusan pengebumian disempurnakan.

Sebelum itu, operasi membawa mangsa keluar dari kediamannya ke ambulans turut memerlukan bantuan 12 petugas daripada BPBD, PMI, pasukan bomba, PSC 119 dan penduduk setempat kerana saiz tubuh mangsa yang besar. Operasi tersebut mengambil masa kira-kira sejam.

Pihak berkuasa memaklumkan kerjasama pelbagai agensi dan masyarakat setempat membolehkan keseluruhan proses pengurusan jenazah diselesaikan dengan selamat serta penuh hormat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button