Siasatan kes murid ditemui tidak sedarkan diri dalam tandas sekolah siap sepenuhnya
SEREMBAN – Polis sudah melengkapkan siasatan kes kematian seorang murid lelaki tahun empat yang ditemukan tidak sedarkan diri dalam tandas sekolah di Senawang, 1 Oktober lalu.
Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, kertas siasatan kes telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Katanya, sejak kes berkenaan dilaporkan, pihaknya sudah menjalankan siasatan menyeluruh melibatkan pelbagai elemen termasuk Unit Sains Tingkah Laku (D11) dan Unit Siasatan Forensik (D10) dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
“Kita juga siasat kemungkinan ada unsur buli atau sebaliknya. Setakat in, sebanyak 49 keterangan saksi telah dirakamkan,” katanya, hari ini.
Alzafny dalam masa sama turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, menyebarkan maklumat tidak sahih atau mengulas secara tidak bertanggungjawab mengenai kes berkenaan.
Laporan media 1 Oktober lalu menyebut mengenai seorang murid ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di sekolah sebelum disahkan meninggal dunia.
Hasil bedah siasat pada 2 Oktober lalu mendapati punca kematian adalah disebabkan tekanan pada leher dan tiada sebarang kecederaan lain pada tubuh badan mangsa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







