BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Polis buru lelaki rakam gambar ‘bawah kain’ wanita

KUALA LANGAT – Seorang lelaki diburu polis selepas dipercayai membuat gangguan seksual dengan merakam gambar dari bawah kain seorang wanita di sebuah pasaraya di Jenjarom di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, polis menerima laporan pada pukul 10.36 pagi, 9 Disember lalu oleh mangsa yang merupakan seorang wanita warga tempatan.

Menurutnya, mangsa tampil membuat laporan selepas menyedari tindakan suspek yang didakwa mengangkat kainnya untuk merakam gambar dari bawah.

“Mangsa juga telah melakukan pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati suspek telah melakukan perbuatan tersebut.

“”Ekoran itu kita telah membuka siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu Mohd Akmalrizal berkata, polis kini sedang mengesan suspek.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi Bilik Gerak Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button