Agong terima taklimat agenda Reformasi Undang-Undang dan Laporan Ketua Audit Negara
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima dua sesi taklimat berasingan berkaitan pencapaian agenda Reformasi Undang-Undang dan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2/2025 di Istana Negara.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Baginda, sesi pertama melibatkan pembentangan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang mempersembahkan laporan kemajuan serta hala tuju reformasi undang-undang negara.
Seri Paduka Baginda kemudiannya menerima pembentangan Laporan Ketua Audit Negara oleh Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi.
Kedua-dua sesi berlangsung selama hampir sejam dan memberi ruang kepada Seri Paduka untuk mendapatkan penjelasan terperinci mengenai inisiatif tadbir urus dan ketelusan yang sedang dilaksanakan kerajaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








