BERITA SEMASA

Yang di-Pertuan Agong selamat tiba di tanah air

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selamat berangkat pulang ke tanah air hari ini selepas menamatkan Lawatan Negara selama lima hari ke Rusia.

Pesawat peribadi Seri Paduka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada pukul 6.30 pagi.

Keberangkatan tiba baginda disambut Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim; dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.

Sultan Ibrahim mencatat sejarah sebagai Ketua Negara Malaysia pertama mengadakan Lawatan Negara ke Rusia sejak terjalinnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara pada 1967.

Lawatan Negara itu bermula Selasa lalu atas jemputan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button