BERITA SEMASADALAM NEGERI

Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Wesak

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha di Malaysia.

Dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi, Seri Paduka Baginda menekankan bahawa hubungan erat antara kaum bukan sahaja menjadi asas penting kepada kekuatan negara, malah merupakan tunjang kepada perpaduan nasional.

“Dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini, keharmonian tercipta apabila kita saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.

“Bersama-sama kita membina masa depan yang lebih aman, bersatu-padu serta makmur.

“Selamat Hari Wesak diucapkan kepada semua penganut agama Buddha di negara ini,” titah Seri Paduka Baginda.

Ucapan Selamat Hari Wesak oleh Yang Dipertuan Agong dan Permaisuri. Foto: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button