PM doakan Agong dikurnia keafiatan berpanjangan
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan doa buat Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang kini gering susulan sakit otot dan tulang.
“Mendoakan semoga KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dikurniakan keafiatan berpanjangan serta terus sentiasa berada dalam lindungan, rahmat dan inayah Allah SWT,” tulisnya di media sosial.
Hantaran itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mendoakan kesihatan baginda.
“Daulat Tuanku. Semoga dipermudahkan segala urusan, Allah sentiasa lindungi dan memberi kesembuhan kepada Tuanku Sultan Ibrahim,” tulis Zubaidah Mohd Said.
“Daulat Tuanku. Allah Peliharakan Sultan. Semoga cepat sembuh seperti sediakala. Amin,” komen Ahmad Mazlan pula.
BACA JUGA:
Agong gering, sakit libatkan otot dan tulang – Istana Negara
Terdahulu, Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, doktor menasihatkan Sultan Ibrahim supaya berehat dan tidak berangkat ke sebarang majlis bagi memberi ruang kepada proses rawatan dan pemulihan.
“Disebabkan Yang di-Pertuan Agong sedang menjalani rawatan susulan, Seri Paduka Baginda tidak dapat berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri, Ketua Perwakilan Asing dan Pegawai Kanan Kerajaan di Istana Negara, kelmarin,” kata Istana Negara hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








