Cadangan pemansuhan AUKU dibawa ke Kabinet – PM
AYER KEROH – Cadangan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) akan dibawa ke Mesyuarat Kabinet pada Rabu depan untuk pertimbangan Jemaah Menteri.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan membawa cadangan berkenaan ke Kabinet bagi penelitian lanjut.
“Saya akan membawa ke Kabinet hari Rabu,” katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan ucapan dasar Presiden sempena Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini hari ini.
Anwar bagaimanapun tidak memperincikan perkara yang akan dibawa untuk pertimbangan Jemaah Menteri.
Terdahulu dalam ucapan dasarnya, Anwar memaklumkan kerajaan akan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30), antara lain susulan bantahan yang terus disuarakan mahasiswa.
Untuk rekod, AUKU yang diperkenalkan pada 1971 sudah dipinda sebanyak tujuh kali.
Pindaan pada 2012 antara lain membenarkan mahasiswa menyertai kegiatan anjuran parti politik di luar kampus.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








