MCA berpuas hati penerangan PM isu hadis 40
KUALA LUMPUR – Penjelasan mengenai kaedah pelaksanaan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi sepatutnya dibuat lebih awal supaya ia tidak menimbulkan salah tafsir khususnya dalam kalangan bukan Islam.
Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, pertikaian berhubung isu timbul apabila kerajaan menggunakan perkataan ‘projek rintis’ yang memberi gambaran seolah ia akan dikembangkan ke semua sekolah termasuk sekolah bukan agama.
Beliau yang juga bekas menteri pengangkutan turut menganggap laporan media massa yang menggunakan kedua-dua perkataan tersebut sebagai punca MCA mengambil sikap menolak sebelum ini.
Ka Siong bagaimanapun berkata beliau berpuas hati selepas mendengar penjelasan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi jaminan modul berkenaan tidak akan melibatkan pelajar bukan Islam.
“Penjelasan Perdana Menteri dan kenyataan yang menjelaskan berhubungnya dikeluarkan oleh KPM hanya pada petang semalam, tetapi (sedangkan) perkara (isu) ini sudah timbul sejak beberapa hari lalu. Jadi sepatutnya ini dijelaskan lebih awal,” katanya.
Terdahulu Biro Perhubungan Etnik dan Hal Ehwal Agama MCA menggesa kerajaan menangguhkan terlebih dahulu pelaksanaan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi agar ia boleh dibincangkan semula di peringkat kabinet.
Terdahulu, ia menimbulkan polemik terutama di kalangan penganut bukan Islam, antaranya Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menyatakan “kebimbangan mendalam” terhadap kemungkinan pelajar bukan Islam perlu mempelajari modul itu juga.
Bagaimanapun, pegawai khas kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Swee Kuan semalam menjelaskan modul itu akan diajar kepada pelajar Islam sahaja.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








