Krisis Negeri Sembilan: BN tegaskan miliki majoriti mudah tubuh kerajaan negeri bersama PN
SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) menegaskan mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baharu Negeri Sembilan dengan sokongan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN).
Menurut ADUN BN dalam satu kenyataan, pihaknya terbuka untuk bekerjasama demi menjamin kelangsungan pentadbiran kerajaan.
“Dalam situasi luar biasa ini, kepentingan rakyat Negeri Sembilan mengatasi segala kepentingan kepartian.
“Kami berjiwa besar untuk mengetepikan perbezaan ideologi demi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dapat dibentuk dengan segera,” katanya hari ini.
Dalam pada itu katanya, majoriti ADUN bertegas untuk mempertahankan adat dan UMNO BN sentiasa bersikap pragmatik dan inklusif.
“Kami percaya bahawa penyatuan suara majoriti ADUN mampu memberikan naratif baharu yang lebih kukuh untuk memacu pembangunan negeri dan mempertahankan adat di negeri ini.
“Maka dengan itu, melalui kenyataan sokongan daripada lima ADUN PN, UMNO BN telah mempunyai majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Negeri,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








