JENAYAH & MAHKAMAH

RM47.63 juta e-waste disita dalam serbuan di premis haram di Negeri Sembilan

SEREMBAN – Pelbagai barangan disyaki sisa buangan elektronik (e-waste) serta 39 mesin bernilai anggaran keseluruhan melebihi RM47.63 juta disita dalam operasi bersepadu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan di beberapa premis haram di negeri ini.

Sitaan tersebut dilakukan dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan bagi membanteras aktiviti tidak sah yang menjejaskan alam sekitar.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, selain sitaan, beberapa kertas siasatan turut dibuka terhadap premis terlibat di bawah Seksyen 18, 34A dan 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Menurut beliau, tindakan turut melibatkan pengeluaran saman, kompaun serta arahan menghentikan operasi terhadap premis berkenaan.

“Operasi ini melibatkan sitaan barangan disyaki e-waste serta 39 buah mesin dengan anggaran nilai keseluruhan melebihi RM47.63 juta,” katanya dalam sidang media di Seremban hari ini.

Beliau berkata, operasi bersepadu itu dilaksanakan hasil kerjasama strategik antara PDRM dan JAS Negeri Sembilan bagi memastikan pematuhan undang-undang alam sekitar sentiasa dipatuhi.

Sementara itu, JAS menegaskan pihaknya akan terus mempergiatkan tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti pencemaran dan pelupusan sisa secara tidak sah.

“JAS komited memperkukuh kerjasama antara agensi dalam usaha membanteras aktiviti yang menjejaskan kelestarian alam sekitar,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button