SUKAN

Tiket perlawanan Selangor FC habis terjual sekali lagi

PETALING JAYA – Tiket perlawanan Selangor FC (SFC) berdepan Negeri Sembilan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, esok sudah habis terjual.

Ini merupakan kali kedua berturut-turut tiket perlawanan melibatkan pasukan Selangor habis terjual dalam saingan liga musim ini.

Perkara itu disahkan SFC menerusi satu hantaran di laman rasmi kelab berkenaan semalam dengan lebih 10,000 penyokong dijangka bakal membanjiri stadium itu.

Sebelum ini, pada aksi pertama Liga Super, tiket perlawanan Selangor berdepan Kedah Darul Aman FC (KDA) turut habis terjual di stadium yang sama.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button