BERITA SEMASA

Raja Permaisuri Agong ziarah keluarga Irene Sofiya

BATU PAHAT – Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan menziarahi keluarga Allahyarhamah Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal di Kampung Selamat, di Yong Peng, dekat sini, hari ini.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda turut diiringi Yang Amat Mulia (YAM) Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor.

Pertemuan bersama keluarga Allahyarham dimulakan dengan bacaan surah Yasin dan tahlil yang dipimpin Kadi Daerah Batu Pahat, Mohd Fauzi Bachok.

permaisuri
Bacaan Yasin dan tahlil turut diadakan di kediaman nenek Allahyarhamah Irene Sofiya.

“Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan peribadi bagi membantu meringankan beban keluarga, di samping memberikan kata-kata semangat kepada bapa arwah, Mohd Khairool Faisal Khyar dan nenek, Jameyah Rabani serta keluarga,” menurut hantaran Facebook Sultan Ibrahim.

Pertemuan Seri Paduka Baginda bersama keluarga Allahyarham berlangsung selama hampir sejam.

Semalam, Allahyarham Irene Sofiya, pelajar Tingkatan Empat, ditemukan meninggal dunia di sebuah dewan sekolah menengah di Yong Peng.

Susulan kejadian itu, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang juga rakan sekelas mangsa direman enam hari bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button