BERITA SEMASA
Gempa bumi 6.4 magnitud gegar Utara Sumatera, gegaran dirasai di Pantai Barat Semenanjung
KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada jam 6.54 petang tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gempa berkenaan berpusat pada koordinat 2.9 darjah Utara dan 98.8 darjah Timur, kira-kira 37 kilometer barat daya dari Pematangsiantar, Indonesia.
“Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 154 kilometer. Gegaran susulan kejadian tersebut dilaporkan dirasai di sekitar Pantai Barat Semenanjung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, METMalaysia memaklumkan bahawa tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian berkenaan.
“Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkaitan gempa bumi menerusi saluran rasmi METMalaysia,” katanya.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








