
BERITA SEMASA
Gempa bumi melanda Mindanao, Filipina
KUALA LUMPUR – Sebuah gempa bumi sederhana melanda Mindanao, Filipina, pada pukul 7.34 pagi tadi dengan kekuatan 5.4 skala richter.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kejadian itu berlaku di koordinat 6.3 darjah Utara dan 126.4 darjah Timur, pada kedalaman 20 kilometer (km).
Gempa bumi tersebut berlaku 106 km di tenggara Davao, Filipina.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan kepada Malaysia susulan kejadian tersebut.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








