Tembakan gegar Senat Filipina, senator buruan ICC berlindung elak ditahan
MANILA – Bunyi tembakan bergema di bangunan Senat Filipina, malam tadi ketika seorang senator yang dikehendaki Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terus berlindung di dalam bangunan itu bagi mengelakkan ditahan.
Terdahulu, Senator Ronald dela Rosa yang dituduh melakukan jenayah terhadap kemanusiaan kerana peranannya menyelia “perang terhadap dadah” ketika era bekas presiden, Rodrigo Duterte, dikatakan sudah dua malam berlindung di bangunan berkenaan, lapor The Guardian.
Bagaimanapun, sehingga kini masih tidak jelas siapa yang melepaskan tembakan atau mengapa anggota keselamatan berada dalam bangunan berkenaan.
Susulan kejadian, Menteri Dalam Negeri, Jonvic Remulla, yang merujuk kepada Dela Rosa dengan nama gelarannya, berkata kepada media di luar bangunan, “Saya tidak akan menangkap Senator Bato. Saya berada di sini untuk memastikan keselamatan semua orang.”
Dela Rosa, 64, merupakan penguat kuasa utama dalam tindakan keras anti-dadah Duterte, berjaya mengelakkan penahanan kelmarin apabila beliau melarikan diri daripada ejen kerajaan yang mengejarnya melalui koridor dan tangga bangunan senat.
Beliau berjaya memasuki dewan utama bangunan itu, di mana Presiden Senat yang juga sekutu Duterte menawarkan perlindungan kepadanya.
Bagaimanapun, malam tadi anggota daripada unit Marin yang lengkap bersenjata dilihat tiba di dalam bangunan senat.
Media tempatan memaparkan suasana huru-hara dan bunyi tembakan kedengaran selepas itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







