JENAYAH & MAHKAMAH

Polis siasat dakwaan suspek kes tembak miliki dua kewarganegaraan

KOTA BHARU – Polis Kelantan sedang menyiasat dakwaan suspek kes tembak yang membunuh seorang rakyat Maysia di Sungai Golok kelmarin, memiliki dua kewarganegaraan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pihak berkuasa Thailand belum mengesahkan secara rasmi sama ada suspek berusia 31 tahun itu memegang dua kad pengenalan.

“Kes pembunuhan itu berada di bawah bidang kuasa polis Thailand.

“Tetapi pada masa sama, Polis Kelantan sedang menjalankan semakan latar belakang terhadap suspek.

“Setakat ini, tiada rekod menunjukkan dia mempunyai dua kad pengenalan,” katanya, hari ini.

Mohd Yusoff berkata polis negeri akan menunggu maklumat lanjut daripada rakan sejawat mereka di Thailand berhubung perkara itu.

Terdahulu, Polis Thailand dilaporkan berjaya menahan seorang bekas pemain bola sepak Kelantan susulan kes tembak yang menyebabkan seorang rakyat Malaysia maut.

Polis Thailand turut merampas dua pucuk pistol daripada suspek ketika dia ditahan.

Ketua Polis Sungai Golok, Kolonel Jetsadawit Inpraphan berkata, suspek berusia 31 tahun itu ditahan selepas menyerah diri petang semalam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button