Dua pemuda maut nahas libat Proton Wira, Exora dikenal pasti
PETALING JAYA – Dua pemuda berusia 20 tahun yang maut dalam kemalangan membabitkan Proton Wira dan Proton Exora di Kilometer 18.2 Lebuh Raya Persekutuan menghala Kuala Lumpur, tengah malam tadi, dikenal pasti sebagai Muhammad Firdaus Md Rasid dan Irwan Shah Rosban.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.27 tengah malam itu, Proton Wira yang dinaiki empat individu dipercayai melanggar pembahagi jalan sebelum pemandunya tercampak keluar dari kenderaan dan dilanggar Proton Exora.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, dua lagi penumpang Proton Wira, Muhammad Adam Mukhriz Abu Sam dan Mohamad Aidil Yusof, masing-masing berusia 19 tahun, turut cedera dalam kejadian itu.
“Kedua-dua mangsa yang cedera dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan,” katanya hari ini.
BACA JUGA:
Dua lelaki maut, lima cedera nahas dua kenderaan di Glenmarie
Beliau berkata, tiga individu yang menaiki Proton Exora, terdiri daripada seorang wanita dan dua lelaki berusia antara 27 hingga 29 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurutnya, pasukan bomba turut melakukan pemantauan di lokasi kejadian bagi memastikan kawasan berkenaan selamat sebelum menyerahkan tindakan selanjutnya kepada pihak polis.
Terdahulu, media melaporkan dua pemuda maut manakala lima individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Penyajak U1/45B, Hicom-Glenmarie Industrial Park, di sini, tengah malam tadi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







