Dua kereta terbakar selepas bertembung, lapan termasuk lima sekeluarga cedera
BALIK PULAU – Lapan individu, termasuk lima sekeluarga cedera selepas dua kereta bertembung sebelum terbabas dan terbakar dalam kejadian di Jalan Tun Sardon, awal pagi tadi.
Kemalangan pada pukul 2.30 pagi itu melibatkan sebuah Perodua Alza dinaiki lima sekeluarga dengan sebuah Mercedes A250 Sport yang dinaiki tiga lelaki berusia 21 tahun.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, kedua-dua kenderaan dipercayai berlanggar di satu selekoh sebelum terbakar sepenuhnya.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta Mercedes yang datang dari arah Balik Pulau menuju ke Georgetown hilang kawalan lalu merempuh Perodua Alza dari arah bertentangan.
“Akibat perlanggaran itu, kedua-dua kenderaan terbabas sebelum terbakar di lokasi kejadian.
“Bagaimanapun kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum kenderaan mereka hangus dijilat api,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang tiba di lokasi berjaya memadam kebakaran sepenuhnya.
Mengulas lanjut, Sazalee memaklumkan siasatan awal mendapati keadaan cuaca baik dan jalan raya kering ketika kejadian berlaku.
“Semua mangsa mengalami kecederaan di tangan dan kaki.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








