8 anggota FRU maut kemalangan dengan lori batu
TELUK INTAN – Lapan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) disahkan maut selepas lori dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori membawa muatan batu di Jalan Chikus – Sungai Lampam, di sini pagi tadi.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.
“Setakat ini, saya boleh sahkan lapan maut, dan operasi menyelamat sedang berjalan.
“Beberapa mangsa yang berjaya dikeluarkan telah dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan,” katanya.
Menurut Pusat Gerakan Operasi JBPM Perak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.54 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan digerakkan ke lokasi.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori FRU yang membawa 15 anggota, termasuk pemandu, bertembung dengan lori muatan batu, menyebabkan sebahagian besar mangsa tersepit.
Setakat ini, identiti mangsa belum didedahkan, dan pihak berkuasa masih menjalankan siasatan serta usaha mengenal pasti punca kejadian.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








