BERITA SEMASA

Bas ekspres bawa 42 penumpang bertembung dengan lori, 5 mangsa tersepit

GOMBAK – Sebuah bas ekspres yang membawa seramai 42 penumpang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 1.0 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 5.24 pagi.

“Seramai lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikerahkan ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 21 kilometer.

“Jentera bomba tiba di lokasi pada jam 5.51 pagi, mendapati kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dengan lori,” katanya dalam kenyataan.

Kemalangan
Sebuah bas ekspres membawa 42 penumpang bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 1.0 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, terdapat lima mangsa tersepit, membabitkan empat penumpang bas dan seorang pemandu lori.

“Bas berkenaan membawa seramai 42 penumpang termasuk dua pemandu, dengan 38 penumpang berjaya keluar dalam keadaan selamat,” katanya.

Beliau berkata, empat penumpang bas tersepit, namun tiga daripada mereka berjaya dikeluarkan, manakala seorang lagi masih tersepit ketika ini.

“Pemandu lori juga sudah berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat, operasi masih diteruskan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam bas dengan menggunakan peralatan khas,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button