Pempengaruh paranormal Solo Ambush kemalangan, berada di zon merah ICU
KUALA LUMPUR – Pempengaruh paranormal, Hanizamal Abu Hanifah atau lebih dikenali sebagai Solo Ambush dikejarkan ke hospital selepas terlibat dalam kemalangan pada pagi tadi.
Berita itu disampaikan oleh pentadbir laman Facebook Solo Ambush sebentar tadi.
“Assalamualaikum semua. Saya nak maklum abang Hani terlibat dalam kemalangan pada pagi tadi, dia di zon merah unit rawatan rapi (ICU) sejak pagi tadi sehingga sekarang (7 petang).
“Saya dapat masuk jumpa abang Hani sebentar tadi, keadaan dia tidak begitu baik buat masa sekarang,” tulis admin Nasree.
Bagaimanapun pentadbir laman Facebook itu tidak memaklumkan lebih lanjut mengenai kemalangan.
Pada masa sama katanya, siaran langsung Solo Ambush akan ditangguh sementara waktu sehingga dia pulih sepenuhnya dan memohon orang ramai mendoakan kesembuhannya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








