PRN Melaka: Adly bidas Zahid, isu calon Rim bukan perkara remeh
MELAKA – Laporan polis berhubung dakwaan penggunaan premis dan jentera kerajaan oleh calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim bukan tindakan terdesak, sebaliknya saluran sewajarnya bagi membolehkan perkara itu disiasat.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari berkata, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan laporan polis terhadap calon berkenaan sebagai tindakan pihak terdesak tidak membantu menjelaskan isu sebenar.
Menurutnya, dakwaan berhubung penggunaan kemudahan awam bagi kepentingan calon perlu diberikan perhatian dan tidak seharusnya diperkecilkan sebelum siasatan selesai.
“PH tidak mendahului keputusan siasatan, tetapi BN juga tidak sepatutnya mengecilkan perkara yang belum diputuskan.
“Bantuan kepada rakyat mesti diteruskan dengan tatacara yang jelas dan bebas daripada kepentingan kempen,” katanya dalam kenyataan media Jabatan Pilihan Raya PH Melaka di sini hari ini.
Beliau berkata, kehadiran seseorang menteri dalam sesuatu program juga tidak secara automatik menjawab persoalan sama ada kemudahan awam digunakan bagi kepentingan calon.
“Semua pihak perlu menghormati proses siasatan dan memastikan kemudahan kerajaan tidak disalahgunakan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














