PRN Sabah: Rundingan kerjasama, pembahagian kerusi antara BN, PH, GRS hampir selesai
KUALA SELANGOR – Rundingan mengenai kerjasama antara Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kini hampir selesai.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, rundingan megenai pembahagian kerusi bagi ketiga-tiga parti kerajaan Persekutuan dan negeri itu bakal dimuktamadkan sama ada sebelum atau pada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Peringkat BN-PH hampir selesai dan saya diberitahu untuk GRS juga akan selesai. Bila ia akan dimuktamadkan nanti tunggulah (DUN Sabah) dibubarkan,” katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selpeas haidr selepas Majlis Pecah Tanah Kompleks Lembu Tenusu PKPS ‘EHSAN Dairy Farm’ di Ladang Sungai Tengi, di sini hari ini.
Laporan media sebelum ini menyebut, rundingan kerjasama antara BN dan PH bagi menghadapi PRN Sabah sudah memasuki fasa akhir.
Keitka itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki dipetik sebagai berkata, kerjasama itu melibatkan seluruh komponen dalam gabungan itu termasuk dengan rakan strategik di Sabah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







