BERITA SEMASA

BN sedia bekerjasama, sokong pembentukan kerajaan negeri Sabah – Zambry 

KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengundi yang telah memberikan kepercayaan kepada calon-calonnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Setiausaha Agong BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya menyifatkan proses PRN kali ini sebagai cerminan kematangan demokrasi di negeri itu.

Menurutnya, BN menghormati suara serta mandat rakyat Sabah dan menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.

“BN turut merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh jentera parti dari seluruh negara yang bertungkus-lumus sejak hari pertama kempen hingga tamat tempoh pengundian.

“Komitmen, tenaga dan kesetiaan para jentera digambarkan sebagai nadi kekuatan parti dalam memastikan perjuangan BN terus utuh demi kepentingan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya, selaras dengan kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 29 November lalu, BN bersedia untuk bekerjasama serta menyokong pembentukan kerajaan negeri Sabah yang baharu di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Menurutnya, kerjasama tersebut dizahirkan bagi memastikan Sabah terus menikmati kestabilan, kemakmuran dan pembangunan berterusan demi kesejahteraan rakyat negeri itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button