LUAR NEGARA

Binance pulih berperingkat selepas insiden keselamatan siber

KUALA LUMPUR – Platform pertukaran mata wang kripto terbesar dunia, Binance, mula memulihkan operasinya secara berperingkat selepas insiden keselamatan siber yang menjejaskan aset digital bernilai kira-kira AS$6.34 bilion (RM26.8 bilion) pada 29 Oktober lalu.

Dalam kemas kini pada 3 November, Binance memaklumkan sebanyak 98 peratus aset token terjejas sudah diganti menggunakan dana syarikat setakat 31 Oktober, manakala kira-kira AS$2.85 bilion aset berjaya dibekukan atau dipintas.

Perkhidmatan pengeluaran aset kripto yang digantung susulan insiden itu turut dibuka semula secara berperingkat bermula 1 November.

Siasatan awal mendapati serangan berkenaan membabitkan akses tidak dibenarkan kepada sistem dalaman yang digunakan untuk mengesahkan transaksi dompet digital.

Binance turut memaklumkan FBI mengaitkan insiden itu dengan Korea Utara.

Dalam perkembangan berkaitan, Binance dilaporkan sedang mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi meneroka kemungkinan mendapatkan lesen untuk beroperasi secara sah di negara ini.

Laporan Bloomberg pada 31 Oktober menyebut perbincangan dengan kedua-dua pengawal selia itu sudah berlangsung sejak 10 bulan lalu.

Bagaimanapun, Binance belum mendapat kelulusan atau lesen untuk menawarkan perkhidmatan pasaran modal di Malaysia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button