BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Pensyarah rugi RM238,500 ditipu skim pelaburan kripto palsu

BESUT – Hasrat seorang pensyarah institusi pengajian tinggi untuk meraih keuntungan besar melalui pelaburan kripto berakhir dengan kerugian RM238,500 setelah diperdaya oleh sindiket penipuan.

Wanita berusia 57 tahun itu menyedari telah tertipu dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md. Sani Md. Saleh berkata, mangsa mula tertarik dengan skim pelaburan kripto selepas melayari sebuah laman web pada 31 Mei lalu.

“Mangsa kemudiannya menghubungi suspek untuk menyertai skim pelaburan kripto yang dijanjikan memberikan pulangan lumayan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Md. Sani, wanita tersebut telah membuat pelaburan berjumlah RM238,500 melalui 25 transaksi antara 31 Mei hingga 16 Julai lalu, dengan pembayaran dilakukan ke dalam tujuh akaun bank yang diberikan oleh suspek.

“Mangsa menyedari telah ditipu apabila tidak menerima sebarang pulangan seperti yang dijanjikan,” tambahnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button