Jurutera kilang rugi RM300,000 terpedaya aplikasi pelaburan palsu NBMAX
GEORGE TOWN – Seorang jurutera kilang berusia 55 tahun kerugian RM300,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian melalui aplikasi yang dikenali sebagai NBMAX.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, mangsa mula berhubung dengan seorang wanita yang disyaki suspek melalui aplikasi WhatsApp selepas tertarik dengan iklan pelaburan di laman Facebook sejak April lalu.
“Pelaburan itu menawarkan pulangan tinggi dalam masa singkat. Mangsa diminta memuat turun aplikasi NBMAX, mendaftar sebagai ahli, dan membuat tujuh transaksi wang ke dalam akaun atas nama NB Management Sdn. Bhd,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Mangsa hanya menyedari ditipu selepas cuba menambah pelaburan melalui kaunter bank.
Pihak bank kemudian memaklumkan bahawa transaksi tambahan sebanyak RM52,800 disekat kerana dia menjadi mangsa penipuan.
Susulan kejadian itu, laporan polis telah dibuat dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu.
Pihak polis menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan luar biasa, khususnya yang tidak berdaftar atau tidak mempunyai rekod sah daripada pihak berkuasa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







