BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Suri rumah rugi RM239,000 terpedaya pelaburan tidak wujud

BATU PAHAT – Seorang suri rumah terpaksa menanggung kerugian RM239,000 akibat terpedaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud yang menawarkan pulangan berlipat ganda.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, mangsa berusia 35 tahun yang juga warga China mendakwa tertarik dengan pelaburan terbabit melalui individu tidak dikenali pada 27 Oktober lalu.

Beliau berkata, mangsa berurusan dengan individu terbabit melalui aplikasi WhatsApps, yang kemudiannya menawarkan mangsa menyertai pelaburan itu bagi meraih keuntungan lumayan.

“Antara tempoh 14 Disember tahun lalu dan sehingga Khamis lalu, mangsa yang tertarik dengan pelaburan itu memasukkan wang ke dalam lima akaun secara berperingkat berjumlah RM239,000.

“Selepas melihat keuntungan diterima dalam aplikasi pelaburan berjumlah lebih RM663,000, mangsa kemudiannya ingin mengeluarkan wang terbabit.

“Namun mangsa diminta membuat pembayaran seterusnya bagi mengeluarkan wang itu. Mangsa tidak melayan arahan itu malah tidak mendapat pulang dijanjikan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, mangsa mula berasa tertipu akhirnya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button