Bekas CFO anak syarikat TH sambung beri keterangan hari ketiga kepada SPRM
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini meneruskan rakaman keterangan bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) sebuah anak syarikat milik Lembaga Tabung Haji (TH), memasuki hari ketiga.
Proses rakaman keterangan terhadap lelaki berusia 60 tahun itu dijadualkan bermula jam 10 pagi bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan salah guna kuasa dalam pembelian saham dua syarikat perladangan bernilai kira-kira RM370 juta.
Proses mengambil keterangan itu berlangsung selepas sepasukan pegawai SPRM mengunjungi Ibu Pejabat Tabung Haji pada Jumaat lalu.
SPRM turut dijangka mengambil keterangan seorang lagi bekas pengurusan tertinggi syarikat berkenaan yang bergelar Datuk, namun individu terbabit dilaporkan tidak hadir sejak semalam atas faktor kesihatan.
Sebelum itu, dua pegawai kanan syarikat milik badan berkanun itu ditahan SPRM susulan siasatan berkaitan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.
Kedua-dua individu berusia 68 dan 60 tahun itu dipercayai disiasat berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam proses pembelian saham dua syarikat perladangan bernilai RM370 juta.
Mereka kemudian dibebaskan atas faktor kesihatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |


