JENAYAH & MAHKAMAH

2 penjenayah maut ditembak ketika cuba pecah masuk kilang

NIBONG TEBAL – Dua lelaki disyaki penjenayah maut ditembak ketika cuba memecah masuk ke sebuah kilang di Bukit Panchor di sini awal pagi tadi.

Kejadian berlaku sekitar pukul 3 pagi apabila anggota polis yang sedang melakukan rondaan di kawasan berkenaan terserempak dengan kedua-dua suspek.

Difahamkan, berlaku pergelutan sebelum tembakan dilepaskan yang mengakibatkan kedua-dua suspek maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, dijadualkan mengadakan sidang media berhubung insiden tersebut pada pukul 10.45 pagi ini bagi memberikan butiran lanjut mengenai kejadian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button