Polis sahkan tiada unsur jenayah kes mayat lelaki, wanita ditemui dalam rumah di Setia Alam
SHAH ALAM – Polis mengesahkan tiada unsur jenayah ditemui berhubung kes penemuan mayat lelaki dan seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen U13, Setia Alam, di sini semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol, polis menerima laporan berhubung penemuan itu dari ahli keluarga kepada mangsa wanita.
Beliau berkata, lelaki berkenaan memaklumkan menjumpai mayat si mati bersama mayat lelaki di rumah sewa milik adiknya.
“Siasatan awal pihak polis bersama pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mendapati keadaan rumah itu bertutup, tiada kenderaan dan pintu besi hadapan tidak berkunci.
“Kedua-dua si mati berada di dalam sebuah bilik di tingkat bawah dan mayat kedua duanya ‘decomposed’. Keadaan di dalam rumah sewa si mati teratur dan tiada unsur unsur kejadian jenayah berlaku .
“Tiada sebarang kecederaan pada bahagian tubuh badan kedua-dua si mati,” katanya dalam satu kenyataan, pagi semalam.
Mengulas lanjut, Ramsay berkata, kedua-dua mayat si mati akan dihantar ke Hospital Shah Alam untuk tujuan bedah siasat, manakala
“Setakat ini siasatan dibuka sebagai mati mengejut (SDR) dan kertas siasatan akan diambil alih oleh Ketua Polis Balai Seksyen 6, Shah Alam,” katanya.
Ramsay berkata, mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Ketua Polis Balai Seksyen 6, Inspektor Izzman Mohd Idrus di talian 013-4003355.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








