Polis giat kesan dua lelaki cuba samun rumah di Puncak Alam
SUNGAI BULOH – Polis sedang giat mengesan dua lelaki bersenjata parang yang disyaki terlibat dalam cubaan menyamun dua rumah di Jalan Alam Suria, Seksyen 16, Puncak Alam, kelmarin.
Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, pihaknya menerima dua laporan berhubung kejadian sama di kawasan berkenaan.
“Berdasarkan laporan daripada seorang lelaki berusia 44 tahun mendakwa melihat kelibat dua lelaki memakai pelitup muka dan bersenjata parang berada di belakang rumahnya kira-kira 11 malam.
“Suspek bertindak mengacukan parang ke arah pengadu dan isteri menyebabkan isterinya menjerit meminta tolong sebelum kedua-dua suspek melarikan diri,” katanya dalam kenyataan semalam.
Tambah Mohd Hafiz, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau rakaman video dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian itu tampil memberikan kerjasama bagi membantu polis melengkapkan siasatan.
“Maklumat boleh disalurkan melalui Pegawai Penyiasat Inspektor Mohammad Hafiz Seleman di talian 016-4507492 atau mana-mana balai polis berhampiran dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







