JENAYAH & MAHKAMAH

Polis tahan lelaki rekrut murid sertai kumpulan samseng

SEREMBAN – Polis menahan seorang lelaki dipercayai menjadi dalang merekrut remaja termasuk murid sekolah untuk menyertai kumpulan samseng susulan insiden pergaduhan membabitkan pelajar Tahun Enam di sini, pada 12 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Azahar Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan itu berpunca daripada perselisihan faham, namun wujud unsur gengsterisme apabila terdapat pihak luar cuba mempengaruhi pelajar terbabit.

Menurutnya, suspek lelaki warga tempatan berusia 20 tahun itu ditahan kira-kira jam 9.10 malam Selasa lalu oleh sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan bersama Cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban.

“Suspek ditahan di hadapan sebuah restoran di Garden Homes dan hasil semakan mendapati dia mempunyai empat rekod jenayah lampau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek kini direman selama tiga hari bermula Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 45 Akta Pertubuhan 1966.

Tambahnya, siasatan masih di peringkat awal dan polis sedang mengenal pasti individu lain yang dipercayai terlibat untuk dirakam keterangan.

“Kes ini disiasat bukan sahaja bagi tindakan undang-undang, tetapi juga sebagai langkah pencegahan supaya pengaruh kumpulan samseng tidak menular dalam kalangan murid sekolah,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button