Michael Ang sokong Fasha Sandha, dedah turut berdepan pelakon lewat ke set
KUALA LUMPUR – Pengarah terkenal, Michael Ang menyuarakan sokongan terhadap pelakon Fasha Sandha yang sebelum ini meluahkan kekesalan terhadap sikap segelintir pelakon yang sering datang lewat ke lokasi penggambaran sehingga menjejaskan jadual produksi.
Michael atau nama penuhnya Michael Ang Hai Swee Abdullah, 56, berkata, beliau kini turut berdepan situasi sama apabila terpaksa menunggu kehadiran seorang pelakon yang gagal hadir mengikut waktu ditetapkan.
Menurutnya, kelewatan itu menyebabkan keseluruhan jadual penggambaran terganggu, termasuk melibatkan puluhan pelakon lain yang sudah bersedia di lokasi.
“‘Call time’ pukul 8 pagi. Jumlah keseluruhan pelakon 70 orang untuk babak kahwin. Dah pukul 10 pagi, pelakon masih tak boleh dihubungi. Pengurus baru angkat telefon. Hero pula pukul 6 petang dah kena lepaskan.
“Apa yang aku rasa sekarang? Aku dah macam Fasha Sandha dah ni. Macam mana Fasha hadap hampir setiap hari. Aku ni baru sehari dan dah muat naik dalam media sosial,” tulisnya menerusi hantaran di media sosial.
Pengarah filem Anak itu turut memberi bayangan tidak teragak-agak mendedahkan identiti pelakon terbabit dengan memuat naik gambarnya.
Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang ingin mengetahui identiti pelakon berkenaan.
Menjawab pertanyaan pengikutnya, Michael mendedahkan individu terbabit merupakan pelakon daripada generasi paling muda.
Terdahulu, Fasha Sandha meluahkan rasa kecewa terhadap seorang pelakon yang didakwa kerap datang lewat ke lokasi penggambaran sehingga menyukarkan urusan produksi.
Menurut aktres itu, sikap tidak bertanggungjawab pelakon berkenaan terpaksa dihadapinya hampir setiap hari dan memberi kesan kepada kelancaran jadual penggambaran serta komitmen seluruh kru produksi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

