JENAYAH & MAHKAMAH

Bekas CEO UiTM Holdings didakwa pecah amanah RM37.37 juta

SHAH ALAM – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UiTM Holdings Sdn Bhd, Azlizan Fadzil, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan pecah amanah membabitkan wang RM37.37 juta, sembilan tahun lalu.

Azlizan yang hadir dengan berkerusi roda membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.

“Tidak mengaku bersalah,” katanya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang ketika itu memegang jawatan CEO UiTM Holdings diamanahkan dengan wang berjumlah RM37,374,612.68 untuk tujuan pelaburan pembangunan penjanakuasaan elektrik solar photovoltaic berskala besar berkapasiti 50 megawatt (MW) di Gambang, Pahang.

Bagaimanapun, Azlizan didakwa melakukan pecah amanah jenayah dengan menyalahgunakan wang berkenaan secara tidak jujur melalui pelbagai pembayaran yang tidak berkaitan dengan tujuan asal peruntukan tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad Cawangan UiTM Shah Alam antara 2 Februari hingga 2 Oktober 2017.

Hakim kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM50,000 dengan dua orang penjamin.

Tertuduh turut diperintah menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah sehingga oerbicaraan selesai dan melaporkan diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiga bulan sekali.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button