Dua warga Myanmar berdepan pertuduhan cederakan anggota polis
RAUB – Dua lelaki warga Myanmar berdepan pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang anggota polis berpangkat koperal dalam kejadian di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, di sini pada 25 September lalu.
Bagaimanapun, pertuduhan terhadap Ai Kyaw Lin Tun, 30, dan Ai Lin, 26, tidak dapat dibacakan di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini kerana kedua-dua tertuduh tidak fasih berbahasa Melayu.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wong Zhi Qian dan Hardave Singh Baldeb Singh, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam, lapor Kosmo! Online.
Dalam prosiding berasingan di Mahkamah Majistret di sini, kedua-dua tertuduh turut berdepan pertuduhan berkaitan ketiadaan dokumen perjalanan serta memandu motosikal tanpa lesen memandu yang sah.
Bagaimanapun, pertuduhan berkenaan juga tidak dapat dibacakan di hadapan Majistret Siti Aisyah Ahmad atas alasan sama.
Mahkamah menetapkan 14 Oktober ini untuk sebutan semula semua kes bagi membolehkan jurubahasa bahasa Myanmar dilantik.
Tiada tawaran jaminan diberikan kepada kedua-dua tertuduh.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








