JENAYAH & MAHKAMAH

Suami, isteri hilang sejak 20 Julai serah diri awal pagi tadi

CYBERJAYA – Sepasang suami isteri yang sebelum ini dilaporkan hilang sejak 20 Julai lalu, menyerah diri di IPD Kubang Pasu pukul 1.50 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Kubang Pasu, Superintendent Mohd Radzi Abdul Rahim, pasangan berusia 39 dan 36 tahun itu akan dibawa ke mahkamah di Jitra pagi ini bagi mendapatkan permohonan reman, lapor NST.

Kelmarin, media melaporkan sepasang suami isteri bersama anak mereka berusia 9 tahun gagal dikesan selepas keluar dari rumah mereka di Taman Desa Bayanmas, Bukit Kayu Hitam, sejak 20 Julai lalu.

Bapa wanita itu yang berusia 62 tahun kemudian membuat laporan di Balai Polis Bukit Kayu Hitam, selepas gagal mengesan anak perempuannya, menantu serta cucunya.

Bagaimanapun, kes tersebut menjadi lebih menarik apabila pengguna media sosial membuat dakwaan kehilangan mereka mempunyai kaitan dengan bermain kutu.

Semalam, Radzi dilaporkan berkata, satu laporan dibuat seorang lelaki 23 tahun terhadap wanita terbabit, yang mendakwa kerugian RM25,000, dipercayai akibat hutang kutu berkaitan dengan pasangan itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button