223 mangsa rugi RM14 juta: MHO rayu PDRM kaji semula kes pelaburan
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Selangor meneliti semula keseluruhan kertas siasatan berkaitan kes pelaburan yang didakwa menipu 223 mangsa dengan jumlah kerugian keseluruhan RM14.27 juta.
Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, mangsa-mangsa terlibat dalam dua program pelaburan berbeza iaitu pelaburan mesin layan diri dan mesin kopi yang diiklankan secara meluas melalui media sosial.
“Mangsa telah membuat laporan polis dan menghargai tindakan PDRM yang menjalankan siasatan awal.
“Keputusan Pejabat Timbalan Pendakwa Raya sebelum ini mendapati kes tidak dapat diteruskan di bawah jenayah penipuan.
“Mangsa kemudian membuat rayuan pada Ogos 2025 dan menerima maklumbalas positif daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya yang menyatakan kertas siasatan akan dikaji semula serta arahan siasatan lanjut telah dikeluarkan,” katanya dalam satu kenyatan hari ini.
MHO berharap PDRM Negeri Selangor dapat memberikan maklumbalas lanjut, membuka semula siasatan dan meneliti niat, representasi palsu serta modus operandi syarikat terlibat.
“Tindakan ini bagi memastikan keadilan ditegakkan dan mencegah rakyat menjadi mangsa skim pelaburan serupa,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








