JENAYAH & MAHKAMAH

9 ditahan, rampasan hampir RM170,000 dalam Op Taring Chiller di Johor Bahru

KUALA LUMPUR – Seramai sembilan lelaki ditahan selepas polis menggempur tiga premis perniagaan makanan sejuk beku tidak sah dalam Op Taring Chiller di Johor Bahru, semalam.

Operasi bersepadu itu dilaksanakan ol

eh Biro Jenayah Hidupan Liar (WCB)/Perisikan Siasatan Khas (PSK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Komander WCB/PSK JKDNKA, Mohd Zaki Ashar berkata, operasi itu turut membawa kepada rampasan pelbagai jenis makanan sejuk beku dengan nilai keseluruhan RM168,758.46.

Menurutnya, antara yang dirampas adalah 2.63 tan karkas babi, 148.92 kilogram (kg) daging itik, 35kg daging lembu serta 3.89 tan daging ayam.

“Selain itu, kita turut merampas pelbagai barangan lain dianggarkan bernilai RM48,060,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan turut mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,000 terhadap ketiga-tiga premis terbabit kerana beroperasi tanpa kelulusan sah.

Dalam pada itu, pemeriksaan oleh JPV mendapati berlaku kesalahan di bawah Seksyen 5 Akta Binatang 1953, termasuk pemilikan atau pengimportan karkas babi dari negara yang tidak dibenarkan.

“Ia termasuk bekalan dari Sepanyol yang telah dilarang bermula 1 Disember 2025,” katanya lagi.

Mohd Zaki berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan menyalahi undang-undang.

“Operasi seperti ini akan terus dipergiat bagi memastikan keselamatan makanan dan pematuhan undang-undang sentiasa terjamin,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button