JENAYAH & MAHKAMAH

Warga Malaysia parah ditembak meninggal dunia

PASIR MAS – Seorang rakyat Malaysia yang parah setelah ditembak lapan kali oleh individu dikenali di rumahnya di Golok, Thailand, semalam, meninggal dunia malam tadi.

Mangsa, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, yang berasal dari Kampung Kepas Apam, di sini, meninggal dunia pukul 9 malam tadi ketika dirawat di Hospital Sungai Golok, lapor BH Online.

Ibu Allahyarham Mohd Fuad Fahmie iaitu Zaiton Abdul Rahman, 64, berkata dia dimaklumkan oleh menantunya, Wan Fatihah Mat Hussin, 35, berhubung perkara itu pada kira-kira pukul 9 malam tadi.

Katanya, dia mengetahui anaknya terkena lapan das tembakan itu pada jam 8 malam dan menerima rawatan di Hospital Sungai Golok, Thailand sebelum mendapat panggilan sekali lagi pada jam 9 malam mengatakan anaknya sudah meninggal dunia.

“Saya terkejut apabila mengetahui kejadian itu, namun reda dengan ketentuan Allah.

“Jenazah anak saya akan dibawa pulang ke sini tengah hari ini,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, mangsa parah selepas ditembak seorang lelaki sejurus berlaku pertengkaran dipercayai membabitkan isu hutang.

Suspek yang terbabit dalam kejadian itu dikatakan melarikan diri dengan meninggalkan sepucuk pistol di lokasi kejadian dan polis Thailand kini berusaha menjejakinya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button