Suspek tikam ibu sendiri dipercayai ada masalah kewangan, sikap baran
ALOR SETAR – Suspek yang dipercayai membunuh ibunya sendiri di sebuah rumah di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini semalam, dipercayai mempunyai masalah kewangan dan sikap baran.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali, pihaknya bagaimanapun masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kes tersebut susulan tahanan reman suspek berusia 29 tahun itu hari ini, lapor Kosmo.
BACA JUGA:
Lelaki disyaki bunuh ibu ditahan polis, ujian air kencing negatif
Polis buru lelaki disyaki tikam ibu sendiri
“Suspek mempunyai masalah panas baran dan siasatan awal kejadian ini dipercayai berpunca akibat masalah kewangan.
“Bagaimanapun, kejadian ini masih disiasat dan suspek direman tujuh hari sehingga 9 Februari ini untuk membantu siasatan, ” katanya, hari ini.
Beliau memberitahu, suspek didakwa mengalami masalah kewangan dan dikatakan sering meminta wang daripada si mati yang bekerja sebagai seorang eksekutif bank.
Menurutnya, pihak polis sedang mengesan senjata yang dipercayai digunakan suspek untuk menikam ibu tunggal anak enam dalam kejadian itu.
“Setakat ini usaha untuk mencari senjata itu sedang dilakukan. Hasil siasatan mendapati, hanya suspek melakukan kegiatan itu seorang diri,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








