JENAYAH & MAHKAMAH

Kes bunuh dua beranak: Polis tahan dua lagi lelaki

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan dua lagi lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang wanita dan anak perempuannya di Kampung Sekolah Juru, di sini Sabtu lepas.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail, kedua-dua lelaki berusia 40-an itu termasuk seorang warga asing ditahan secara berasingan di sini, hari ini, lapor BERNAMA.

“Polis akan membawa kedua-duanya ke mahkamah esok untuk proses reman dan kita percaya mereka dapat membantu siasatan kes berkenaan,” katanya, hari ini.

Azizee berkata, polis juga sedang mengenal pasti sama ada terdapat individu lain yang terlibat dalam kes pembunuhan dua beranak berkenaan dengan siasatan terperinci sedang dijalankan termasuk bagi mengetahui motif.

Terdahulu, suami kepada wanita berkenaan direman selama tujuh hari bermula 19 Oktober bagi membantu siasatan.

Laporan media sebelum ini menyebut mengenai penemuan jasad dua beranak dalam sebuah rumah sewa di Kampung Sekolah, kira-kira pukul 7.30 malam tadi.

Jasad wanita itu ditemukan di bahagian dapur tingkat bawah rumah dengan keadaan kepalanya hampir putus manakala jasad anaknya ditemukan tertiarap berlumuran darah di tingkat atas rumah separa kayu itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button