Pemandu bas kemalangan ragut 15 nyawa pelajar UPSI ditahan
IPOH – Pemandu bas sewa yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Isnin lalu sudah ditahan polis.
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan sekitar pukul 5.45 petang tadi selepas dibenarkan keluar dari hospital.
Jelas beliau, suspek akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Kita menunggu arahan lanjut daripada Pengarah Pendakwaan Negeri sama ada pemandu bas itu boleh didakwa di mahkamah esok atau sebaliknya.
“Di pihak polis, kita sudah bersedia,” katanya, sebentar tadi.
Pemandu itu sebelum ini dimasukkan ke Hospital Tiping bagi menerima rawatan setelah tercedera di tangan kirinya sejak hari pertama nahas itu berlaku.
Dalam kejadian awal pagi Isnin lalu, seramai 15 pelajar UPSI terbunuh apabila bas dinaiki mereka terbabas selepas melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan pelbagai guna di Jalan Raya Timur-Barat, Gerik.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |















