JENAYAH & MAHKAMAH

Tempoh reman selebriti didakwa miliki dadah disambung

SEPANG – Tempoh reman selebriti yang ditahan kerana memiliki dadah jenis ganja baru-baru, ini disambung selama empat hari lagi.

Perintah dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan, di sini hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman ketika dihubungi, sebentar tadi.

“… sambung reman empat hari. Kes tersebut dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, hari ini,” katanya ringkas.

Sebelum ini, selebriti itu ditahan reman selama lima hari bermula 15 Disember lalu untuk membantu siasatan dimana tempoh itu dijadual tamat esok.

Laporan media sebelum ini memberitahu, selebriti itu ditahan di sebuah rumah teres di Cyberjaya pada petang 14 Disember lalu bersama dadah disyaki ganja seberat 60.3 gram.

Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Norhizam ketika itu dilaporkan sebagai berkata, hasil ujian saringan awal air kencing terhadap suspek juga mendapati suspek positif dadah jenis tetra hydrocannibol (THC).

“Siasatan awal juga mendapati, suspek tidak mempunyai sabitan rekod lampau malah, dikatakan sudah menagih dadah sejak lapan tahun lalu,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button