Remaja ditemukan maut jatuh bangunan
Pemeriksaan lanjut temukan pistol, peluru dalam kenderaan mangsa
KAJANG – Seorang remaja maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 12 sebuah bangunan, semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, pemeriksaan lanjut pada kenderaan remaja itu, polis turut menemukan sepucuk senjata api semi automatik dan peluru.
Beliau dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai seorang lelaki terjatuh dari tingkat 12 sebuah bangunan pada pukul 12.34 tengah hari semalam.
Pemeriksaan kemudian mengesahkan remaja berusia 19 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Kes diklasifikasikan dibawah kematian mengejut (SDR) dan bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahui punca kematian.
Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971, katanya lagi.
Semakan mendapati remaja itu tidak memiliki rekod jenayah lampau.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh disalurkan ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat iaitu ASP Mohamad Hafeez Hamzah di talian 019-6556536 bagi membantu siasatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






